Tag Archives: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri

Lazada Malaysia

Jijiknya restoran nasi kandar buat roti canai atas penutup kumbahan

Jijiknya restoran nasi kandar buat roti canai atas penutup kumbahan | Tindakan jijik sebuah restoran nasi kandar memproses tepung roti canai atas ruang penutup tangki kumbahan menyebabkan premis itu diarah tutup serta-merta. Tindakan itu dikesan susulan pemeriksaan dilakukan sekumpulan penguat kuasa ke atas premis di Jalan Seberang Perak, di sini, menerusi operasi pemeriksaan halal. Dua lagi premis nasi kandar di sekitar bandar raya ini turut diarah tutup selama 14 hari ialah restoran nasi kandar di Lebuhraya Darul Aman dan Jalan Lencong Barat selepas gagal memenuhi piawaian ditetapkan, terutama dari segi kebersihan. read more

Harga petrol dan diesel meningkat mulai tengah malam ni

Harga petrol dan diesel meningkat mulai tengah malam ni | Harga runcit mingguan bagi petrol dan diesel meningkat mulai tengah malam ini. Bagi tempoh 18 Mei hingga 24 Mei ini, harga runcit petrol RON95 naik tujuh sen kepada RM2.08 seliter, berbanding RM2.01 ketika ini. Harga runcit petrol RON97 turut naik tujuh sen kepada RM2.36, berbanding RM2.29 untuk minggu sebelumnya.

Harga runcit diesel ditetapkan pada RM1.99, naik empat sen. Pengumuman mingguan harga runcit produk petroleum itu diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui akaun Twitter rasminya @mykpdnkk, petang ini. -BH read more