Tag Archives: kemalangan maut

Atlet berbasikal maut terbabas ketika jalani latihan di kawasan berbukit

Atlet berbasikal maut terbabas ketika jalani latihan di kawasan berbukit  | Atlet pelapis berbasikal negeri ini, maut selepas terbabas ketika menjalani latihan di kawasan berbukit di Wang Kelian, di sini, tengah hari, semalam. Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superitendan Ghazani Abd Ghani, berkata, mangsa Ku Hasbullah Ku Abdul Rahman, 18, maut di tempat kejadian selepas basikal yang ditunggangnya hilang kawalan, sebelum melanggar penghadang jalan.

“Kita menerima maklumat berkaitan kejadian berkenaan sekitar jam 1 tengah hari. Mangsa dipercayai terbabas melanggar penghadang jalan di sebelah kiri Jalan Wang Kelian menghala ke Kaki Bukit. “Siasatan awal juga mengesahkan bahawa mangsa hilang kawalan dan terbabas sendiri tanpa membabitkan kenderaan lain,” katanya ketika dihubungi. Katanya, mangsa maut kerana cedera parah di kepala dan badan. read more

Terpaksa tidur bersama mayat selama 3 hari selepas tidak mampu bayar kos pengebumian

Terpaksa tidur bersama mayat selama 3 hari selepas tidak mampu bayar kos pengebumian | Tiga wanita termasuk seorang yang hamil tujuh bulan terpaksa tidur selama tiga hari bersama mayat ahli keluarga yang mati dalam satu nahas jalan raya kerana tidak mampu membayar kos pengebumian. Palam yang patah kaki dalam kejadian itu turut kehilangan anak perempuannya Anajali, 3, yang juga tidak dapat dikebumikan, malah dia sendiri tidak mampu mendapat rawatan untuk kecederaannya.

Seorang lagi wanita yang hamil tujuh bulan, Neelam, 21, juga menghadapi masalah sama dan terpaksa bermalam bersama mayat suaminya, Mohinder, 23. “Mayatnya di depan saya tetapi saya tidak mampu berbuat apa pun,” katanya kepada Hindustan Times. Seorang lagi, Bhola, yang abangnya turut maut dalam kejadian itu berkata: “Kami terpaksa tidur bersama mayat ini supaya haiwan liar tidak memakannya. Kami terlalu miskin dan tidak mampu mengebumikan mendiang.” read more