Tag Archives: kemalangan maut

Lazada Malaysia

Ada suara ghaib suruh langgar orang ramai

Ada suara ghaib suruh langgar orang ramai | Seorang wanita maut manakala 22 yang lain cedera selepas seorang lelaki merempuh kawasan pejalan kaki di Times Square, semalam. Menurut laporan BBC, pemandu Richard Rojas, 26, yang merupakan seorang anggota tentera kini ditahan untuk siasatan. Sebelum terbabas, Richard merempuh kawasan pejalan kaki disepanjang tiga blok bangunan.

Datuk Bandar New York, Bill de Blasio dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menolak motif berkenaan keganasan dalam kejadian tersebut. Pemeriksaan ke atas Richard mendapati suspek mempunyai kandungan sintetik marijuana yang dikenali sebagai K2 di dalam badan. Laporan Reuters pula mengatakan Richard ‘berhasrat untuk mati’ dalam kejadian tersebut. “Saya sepatutnya ditembak!” jerit Richard ketika ditangkap polis. read more

Allah.. Anak tahu kemalangan bapa melalui Facebook

Allah.. Anak tahu kemalangan bapa melalui Facebook | Seorang anak yang tinggal di Jasin, Melaka terkejut apabila mendapat tahu bapanya terlibat dalam kemalangan di sini selepas membaca pesanan ringkas seorang rakan di akaun Facebook miliknya pada malam kelmarin. Menurut Mohamad Azhar Che Azemi, 28, pesanan ringkas di laman sosial itu bertulis: “Angah, Pak Hang ‘eksiden’ (Angah, bapa kamu kemalangan).” “Saya terus menghubungi bapa (Che Azemi Idris, 60) beberapa kali, namun tidak berjawab sehinggalah panggilan dijawab seorang anggota polis. read more