Tag Archives: kemalangan jalanraya

Gadis tak sangka kaki putus selepas bergambar di parkir OKU

Gadis tak sangka kaki putus selepas bergambar di parkir OKU  | Gambar pertama yang dimuat naik di media sosial milik seorang gadis menunjukkan kaki kanannya putus di bahagian buku lali akibat kemalangan jalan raya dan nyata ia meruntun emosi sesiapa saja yang melihatnya. “Masa ni dah reda. Tak mampu nak nangis. Malam tu juga bedah, potong sampai betis. Jadi anda semua, kalau nak jalan-jalan di mall, ajaklah aku, senang nak parking nanti,” katanya menerusi laman sosial Instagram, cuba menceriakan keadaan, namun dalam hati siapa yang tahu luka yang terpendam. read more

Pekerja farmasi terbunuh motosikal ditunggang merempuh belakang lori

Pekerja farmasi terbunuh motosikal ditunggang merempuh belakang lori | Seorang pekerja farmasi terbunuh selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori di Jalan Pintas Rawang di sini, petang semalam. Dalam kemalangan kira-kira jam 4 petang itu, Muhammad Fadhil Abdul Rahim, 25, berasal dari Serendah, Selangor, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at, berkata mangsa dipercayai gagal mengelak lori yang dipandu perlahan di kawasan berbukit di laluan itu sebelum merempuh bahagian belakang kanan kenderaan berat “Akibat rempuhan itu, mangsa yang dalam perjalanan dari ibu negara ke Serendah terjatuh di atas jalan dan mengalami kecederaan parah di badan serta kepala. read more