Tag Archives: kemalangan

Lazada Malaysia

Pemain tenis terkemuka dunia Venus Williams dituduh sebabkan kemalangan maut

Pemain tenis terkemuka dunia Venus Williams dituduh sebabkan kemalangan maut | PEMAIN tenis terkemuka dunia, Venus Williams, dinamakan sebagai pihak yang bersalah dalam kes kemalangan melibatkan dua kenderaan di Florida pada 9 Jun lalu, yang meragut nyawa seorang penumpang, menurut satu laporan awal polis yang dikeluarkan pada Selasa. Berita itu dilaporkan oleh media pada Khamis, beberapa hari sebelum atlet berusia 37 tahun itu merancang untuk bertanding di Wimbledon, yang akan bermula minggu depan di England.
Dalam laporan yang diserahkan kepada Reuters itu, Williams dipertanggungjawabkan kerana gagal memberi laluan kepada pemandu lain di satu persimpangan. read more

Sebuah jejantas depan pasaraya tumbang selepas dilanggar treler

Sebuah jejantas depan pasaraya tumbang selepas dilanggar treler | Sebuah jejantas di Batu 8, Jalan Meru, di sini, tumbang selepas ditempuh treler menyebabkan satu daripada tiangnya patah. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, jejantas yang terletak di hadapan sebuah pasar raya itu tumbang sekitar jam 7.30 malam tadi. Kejadian itu menyebabkan paip yang berada berdekatan jejantas itu pecah akibat ditimpa binaan berkenaan, dan air melimpah di atas jalan raya. read more