Tag Archives: kekasih curang

Lazada Malaysia

Wanita ini ada cara balas dendam untuk kekasihnya yang curang

Wanita ini ada cara balas dendam untuk kekasihnya yang curang | Seorang wanita bertindak balas terhadap teman lelakinya yang curang dengan menjual semua barangan milik kekasihnya selepas mereka memutuskan hubungan. Wanita berusia 26 tahun itu mengadakan jualan terbuka, menawarkan barangan milik bekas teman lelakinya dengan harga murah di kediamannya di Yarra Selatan, tenggara Melbourne, kelmarin.

Dia turut menggantung poster berbunyi: “Bekas kekasih curang. Semua mesti dijual!” Pelajar universiti itu berkata, tindakannya itu adalah cara dia membalas dendam terhadap lelaki berkenaan. Antara yang dijual ialah pakaian, kasut, permainan video, filem, kelengkapan senaman, buku dan beberapa lagi.  Menurutnya, wang hasil jualan itu akan digunakan untuk dia melancong ke luar negara. -AP read more

Kisah benar! Lelaki kecewa teman wanita curang bertindak bunuh diri secara ‘live’ di FB

Kisah benar! Lelaki kecewa teman wanita curang bertindak bunuh diri secara ‘live’ di FB | Seorang lelaki dilaporkan membunuh diri menggunakan servis siaran langsung Facebook (Facebook Live), 10 Oktober lepas. Menurut laporan Mirror, Erdogan Ceren, 22, sebelum ini kecewa kerana teman wanita mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Dalam rakaman yang viral, Erdogan memulakan siaran dengan membacakan puisi yang ditujukan khas kepada teman wanitanya. “Tiada siapa percaya bila saya kata saya akan bunuh diri, jadi lihatlah sekarang,” kata Erdogan sejurus selesai membaca puisi. read more