Tag Archives: kari telur

Wanita dibunuh suami gara-gara enggan masak kari telur

Wanita dibunuh suami gara-gara enggan masak kari telur | SEORANG wanita berusia 30 tahun didakwa ditembak mati oleh suaminya dan kari adalah puncanya! Wanita berkenaan dikatakan enggan memasak kari telur seperti yang diminta oleh suaminya, dalam kejadian pada Khamis. Kejadian berlaku di kampung Devdas di daerah Shahjahanpur, Uttar Pradesh.

Menurut polis, lelaki itu, yang dikenal pasti sebagai Navneet Shukla, menggunakan pistol berlesen bapanya untuk membunuh isterinya, Mangesh. Semuanya berlaku apabila Shukla, yang pulang ke rumah dalam keadaan mabuk menyuruh isterinya masak kari telur. Isterinya enggan dan kemudian pasangan itu bertengkar. read more