Tag Archives: kamera litar tertutup (CCTV)

Bayi ditemui di masjid dengan tali pusatnya dipotong dan dengan reben

Bayi ditemui di masjid dengan tali pusatnya dipotong dan dengan reben | Seorang bayi lelaki ditemui masih hidup dalam keadaan berbalut dengan kain di dalam kotak di Masjid Ar-Rahman Parit Gantung, Sungai Rambai di sini, semalam. Bayi dipercayai baru dilahirkan itu ditemui seorang jemaah wanita yang hendak menunaikan solat Subuh sebelum memaklumkan perkara itu kepada bilal yang bertugas, jam 5.45 pagi. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati bayi yang cukup sifat itu ditinggalkan di ruang masjid bersama botol dan bungkusan susu tepung. read more

Anak jutawan minyak ditahan polis selepas memandu laju dan bunuh enam orang

Anak jutawan minyak ditahan polis selepas memandu laju dan bunuh enam orang | Anak jutawan minyak, Elena Zaitseva ditahan polis selepas memandu laju dan merempuh orang awam, mengakibatkan enam maut. Menurut laporan Telegraph, wanita berusia 20 tahun itu melanggar sebuah kereta jenis Volkswagen Tourag sebelum merempuh sekumpulan pejalan kaki. Kejadian pada malam Rabu lalu itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dan seorang saksi memuat naik rakaman suspek memandu laju di laman sosial.

Tiga dari enam mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Oleksandr Evteev, 27, Nina Kobiseva, 28, dan Olena Umaeva. Seorang mangsa berusia 30 tahun yang hamil kini dilaporkan dalam keadaan koma dan dirawat di sebuah hospital. Media tempatan mengatakan Elena merupakan anak kepada hartawan dan jutawan minyak, Vasily Zaitsev dan dia memandu kenderaan mewah jenis Lexus ketika kejadian. Sementara itu, seorang Ahli Parlimen, Anton Gereshchenko mengatakan mahkamah belum membuat keputusan untuk membebaskan Elena dengan jaminan sebelum dibicarakan. read more