Tag Archives: Joseph Nickell

Lelaki bertindak kejam tembak mati ibu bapa, teman wanita dan ibu kekasihnya sebelum membunuh diri

Lelaki bertindak kejam tembak mati ibu bapa, teman wanita dan ibu kekasihnya sebelum membunuh diri | Seorang lelaki bertindak kejam menembak mati ibu bapa, teman wanita dan ibu kekasihnya sebelum membunuh dirinya dalam kejadian mengejutkan penduduk di Flatgap, Kentucky, Amerika Syarikat, kelmarin. Kejadian bermula apabila Joseph Nickell menembak mati ibu bapanya di sebuah rumah di satu kawasan terpencil di McKenzie Branch di Flatgap.

Polis berkata, mayat James dan Arlene Nickell ditemui di dapur rumah berkenaan, Ahad lalu. Joseph yang bersenjatakan pistol 9mm kemudian ke bandar Paintsville yang berhampiran Flatgap. Tidak lama selepas itu, polis menemui mayat teman wanitanya, Lindsey Vanhoose dan ibu wanita itu, Patricia Vanhoose di sebuah apartmen di bandar berkenaan. Di rumah itu, polis turut menemui mayat Joseph dipercayai membunuh diri. Menurut polis, semua mangsa ditemui dengan satu kesan tembakan pada tubuh. read more