Tag Archives: Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri

Lazada Malaysia

Lelaki terpaksa diikat dan dipikul ke ambulans selepas cuba bunuh diri

 Lelaki terpaksa diikat dan dipikul ke ambulans selepas cuba bunuh diri | Dua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri terpaksa mengikat tangan dan kaki seorang lelaki serta memikulnya ke ambulans selepas enggan memberi kerjasama ketika diselamatkan dalam kejadian cubaan bunuh diri di Jeti Marina, Kota Laksamana di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, lelaki dipercayai warga Indonesia berusia 30-an yang hanya berseluar dalam itu ditemui terapung di tengah laut, pada jarak dua kilometer dari jeti berkenaan oleh nelayan, sebelum menghubungi pihak bomba. read more

Kanak-kanak 3 tahun alami detik cemas selepas tangan tersepit pada eskalator

Kanak-kanak 3 tahun alami detik cemas selepas tangan tersepit pada eskalator | Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun berdepan detik-detik mencemaskan apabila tangan kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pasar raya di Ayer Keroh di sini malam ini. Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam ketika mangsa bersama keluarganya datang ke pasar raya itu untuk membeli-belah dan sewaktu melalui kawasan eskalator tersebut, mangsa tiba-tiba tersepit bahagian tangan kanannya.

Menurut Pegawai Pengurusan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Timbalan Penguasa Bomba Kamarulzaman Mohd. Din, mangsa, Iman Sumaiyah Masri, 3, mengalami luka iaitu melecet pada tangan kanannya berikutan kejadian itu. “Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 10.02 malam dan sepasukan 12 anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ashraf Abdullah bergegas ke tempat kejadian. read more