Tag Archives: India

Lazada Malaysia

Ibu terima kejutan disatukan dengan anak yang sudah dua tahun tidak bertemu

Ibu terima kejutan disatukan dengan anak yang sudah dua tahun tidak bertemu  | Semalam menjadi hari paling bermakna buat seorang ibu tunggal apabila disatukan dengan anak perempuan kesayangannya yang sudah dua tahun tidak bertemu. Kejutan penuh emosi itu membuatkan Azizah Husin, 58, menangis kegembiraan apabila anaknya Hafizah Che Ahmed, 24, yang menuntut di Bangalore Medical College, India, berdiri di hadapan mata. Sebelum itu, Azizah yang mempunyai 10 anak dibawa ke gedung pakaian Pelangi Textile, Guchil, di sini, untuk membeli pakaian baru, manakala Hafizah menyamar sebagai pekerja gedung untuk memberi kejutan kepada ibunya untuk menyatukan mereka menerusi inisiatif Bank Simpanan Nasional (BSN) sempena Kempen Riuhkan Raya BSN. read more

Mengejutkan.. Seorang bayi ditemui sedang hisap susu dari mayat ibunya

Mengejutkan.. Seorang bayi ditemui sedang hisap susu dari mayat ibunya  | TRAGIS apabila seorang bayi berusia 17 bulan ditemui sedang menghisap susu ibunya yang telah meninggal dunia. Dalam kejadian di daerah Damoh, Madhya Pradesh, India, itu, seorang lelaki telah menghubungi polis apabila menemui mayat seorang wanita berhampiran landasan kereta api. Apabila polis tiba mereka melihat ramai orang berkerumun dekat mayat wanita itu dan seorang bayi sedang menangis.

Saksi, Monu Balmiki, 27, berkata: “Kami melihat seorang wanita terbaring dekat landasan kereta api dan menghubungi polis. “Tetapi bila kami mendekati mayat, kami melihat seorang bayi sedang menangis sambil menghisap susu dari badan mayat itu. Apa yang berlaku menyebabkan kami menitiskan air mata,” katanya. Seorang pekerja di landasan kereta api, Nand Ram berkata: “Anak kecil itu menangis apabila ibunya tidak menghiraukannya, dia kemudian mula memegang dan minum susu badan ibunya. read more