Tag Archives: ikan

Boleh ke makan ikan Flower Horn? Apa rasanya?

Boleh ke makan ikan Flower Horn? Apa rasanya?  | SEBUAH video yang memaparkan seekor ikan Flower Horn digoreng di dalam kuali, menjadi perkongsian yang tular di laman sosial sejak Rabu lalu. Mungkin kerana ia tidak pernah dilakukan orang lain sebelum ini, tindakan pemilik akaun Facebook Saya Cakap, Muhammad Firdaus, menjadi tanda tanya netizen. Selain video, Firdaus turut berkongsi beberapa keping gambar ikan tersebut yang telah siap digoreng.

Menerusi satu status yang dikemaskini hari ini, Firdaus memaklumkan ikan tersebut mempunyai rasa seperti ikan tilapia, dan bonjol di bahagian kepala ikan itu pula adalah lemak yang telah dibuang sebelum digoreng. Menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen, kata Firdaus, dia tidak faham mengapa orang mengatakan ikan itu tidak boleh dimakan. read more

Saintis berjaya temui spesies ikan pertama di dunia yang berdarah panas seperti mamalia

Saintis berjaya temui spesies ikan pertama di dunia yang berdarah panas seperti mamalia | SPESIES ikan adalah antara yang tergolong dalam haiwan berdarah sejuk seperti reptilia dan amfibia. Bagaimanapun, sekumpulan saintis berjaya menemui spesies ikan pertama di dunia yang didakwa berdarah panas seperti mamalia.

Ia digelar sebagai Opah atau ikan bulan yang mempunyai berat sehingga 90 kilogram itu memanaskan badannya dengan cara menggerakkan siripnya yang kelihatan seperti kepak secara berterusan bersesuaian purata suhu sekeliling antara 4 hingga 5 darjah Celsius. read more