Tag Archives: hubungan seks

Ada guru minta pelajar buat seks untuk dapat keputusan cemerlang -SPRM

Ada guru minta pelajar buat seks untuk dapat keputusan cemerlang -SPRM | Terdapat kejadian di mana guru meminta pelajar untuk melakukan hubungan seks sebagai habuan bagi mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang mendedahkan perkara itu memberi amaran bahawa kes sedemikian berbahaya bagi generasi masa depan di negara ini.

Beliau berkata, terdapat juga contoh di mana pelajar cuba memberi ‘suapan’ kepada rakan sekolah untuk memenangi undi supaya mereka boleh dipilih sebagai ketua kelas atau pengawas sekolah. “Sekiranya tindakan rasuah seperti ini telah berlaku di sekolah, akan menjadi lebih buruk apabila pelajar berkenaan meningkat dewasa dan menjadi pemimpin masa depan. read more

Lelaki tembak mati bayinya selepas isteri enggan adakan hubungan seks

Lelaki tembak mati bayinya selepas isteri enggan adakan hubungan seks  | SEORANG lelaki menembak mati bayinya yang baru berusia enam bulan selepas isteri enggan melakukan hubungan seks, menurut polis. Maycon Salustiano Silva, 25, di bawah pengaruh dadah dan alkohol sebelum menembak anak lelakinya pada awal pagi Rabu lalu. Sebelum kejadian di kediaman mereka di Luziania di Brazil, pasangan suami isteri itu terlibat dalam satu pertengkaran.

Pihak berkuasa berkata, suspek mengambil pistol yang diletakkan di belakang sofa sebelum isterinya, Jeniffer enggan melakukan hubungan seks dengannya. Salustiano yang tidak mempunyai rekod jenayah berkata, dia tidak mengingati apa yang berlaku kerana di bawah pengaruh dadah dan alkohol.Bayi yang bernama Michel disahkan meninggal dunia di hospital, kira-kira dua jam selepas insiden. read more