Tag Archives: hospital melaka

Lelaki terpaksa diikat dan dipikul ke ambulans selepas cuba bunuh diri

 Lelaki terpaksa diikat dan dipikul ke ambulans selepas cuba bunuh diri | Dua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri terpaksa mengikat tangan dan kaki seorang lelaki serta memikulnya ke ambulans selepas enggan memberi kerjasama ketika diselamatkan dalam kejadian cubaan bunuh diri di Jeti Marina, Kota Laksamana di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, lelaki dipercayai warga Indonesia berusia 30-an yang hanya berseluar dalam itu ditemui terapung di tengah laut, pada jarak dua kilometer dari jeti berkenaan oleh nelayan, sebelum menghubungi pihak bomba. read more

Lelaki minum racun selepas kelar leher isteri

Lelaki minum racun selepas kelar leher isteri | Seorang suspek lelaki warga emas yang bertindak mengelar isterinya di Taman Kejora, Tebong di sini petang semalam disahkan meninggal dunia selepas bertindak meminum sejenis cecair dipercayai racun. Suspek, A. Savariappan, 65, disahkan meninggal dunia hari ini ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka manakala isterinya, A. Sinnamah, 65, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurut adiknya, A. Phillips, 54, sebelum kejadian kakak iparnya sempat menelefon dalam keadaan menjerit-jerit memberitahu Savariappan seperti dirasuk dan bertindak agresif kira-kira pukul 6.55 petang. “Semalam kakak ipar ada menelefon saya dalam nada takut mengadu abang bermundar-mandir dan kelihatan gelisah. “Setiba di lokasi saya dapati kakak ipar saya telah dikelar manakala abang saya tidak sedarkan diri disyaki meminum racun sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka,” katanya. read more