Tag Archives: Hospital Baba Raghav Das

Berpuluh kanak-kanak maut selepas hospital matikan bekalan oksigen

Berpuluh kanak-kanak maut selepas hospital matikan bekalan oksigen | Sekurang-kurangnya 60 kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital awam di utara India selepas bekalan oksigen mereka dimatikan kerana masalah pembayaran dengan pembekal. Pegawai di Uttar Pradesh turut mengesahkan perkara itu, namun mendakwa ia bukan punca kematian puluhan budak di Hospital Baba Raghav Das di daerah Gorakhpur tersebut. Situasi panik dilaporkan berlaku di hospital terbabit selepas ahli keluarga cuba menggunakan beg pernafasan manual untuk membantu kebanyakan mangsa yang ditempatkan di unit neonatal atau dirawat untuk ensefalitis atau bengkak otak. read more