Tag Archives: gangguan seksual

Pesalah seksual berjaya dikenalpasti kerana punya kemaluan bentuk aneh

Pesalah seksual berjaya dikenalpasti kerana punya kemaluan bentuk aneh | KEMALUAN aneh seorang pengawal penjara di Brooklyn membantu polis dalam penangkapannya kerana didakwa melakukan serangan seksual terhadap penghuni penjara. Eugenio Perez dituduh memaksa penghuni wanita melakukan seks oral di Pusat Tahanan Metropolitan. Pendakwa berkata penerangan yang diberikan mangsa tentang alat sulitnya yang berbentuk aneh membantu pasukan penyiasat mengenal pasti dirinya.

Dalam satu gambaran yang diberikan, ia didapati sepadan dengan alat sulit Perez. The New York Post melaporkan, seorang bekas penghuni berusia 38 tahun di penjara yang terletak di Sunset Park itu menggambarkan ia sebagai besar, melengkung dan berbau busuk. Mangsa yang mendedahkan perkara itu tanpa mahu dikenali sedang menjalani hukuman penjara pada masa itu atas tuduhan dadah tetapi kini telah dibebaskan. read more

Anak saudara kepada seorang ahli Parlimen terkenal dakwa diri diganggu secara seksual oleh pegawai JPJ semasa ujian memandu

Anak saudara kepada seorang ahli Parlimen terkenal dakwa diri diganggu secara seksual oleh pegawai JPJ semasa ujian memandu | Seorang gadis yang merupakan anak saudara kepada seorang ahli Parlimen terkenal di utara tanah air mendakwa dirinya diganggu secara seksual oleh seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semasa menjalani ujian memandu. Remaja berkenaan, yang berusia 17 tahun mendakwa berdepan perbuatan menjijikkan itu di sebuah institut memandu di Shah Alam pada Rabu, sebelum berkongsi pengalamannya di Insta Story pada hari yang sama sehingga postingnya tular. read more