Tag Archives: gambar UFO

Gambar UFO dikesan di ruang udara ibu negara Sudan

Gambar UFO dikesan di ruang udara ibu negara Sudan  | Objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO) dikesan di ruang udara ibu negara Sudan pada Isnin lalu. Menurut beberapa saksi, objek berkilau dengan cahaya hijau itu dikesan pada jam 3.15 pagi (waktu tempatan). Tentera dalam satu kenyataan turut mengesahkan kehadiran UFO tersebut yang dipercayai sebuah satelit.

“Pangkalan kami di Omdurman menerima maklumat tentang kehadiran objek yang terbang rendah di zon tentera Wadi Sayidna. Hasil pemeriksaan kami mendapati ia adalah kenderaan peninjauan fotografi,” jelasnya. Sementara itu, saintis Belanda, Dr Marco Langbroek memberitahu, UFO terbabit dipercayai adalah satelit Zuma milik Amerika Syarikat yang dilaporkan gagal mencapai orbit dan jatuh di Lautan Hindi selepas dilancarkan pada Ahad lalu. – al-Arabiya read more

Pesawat berjaya merakam objek terbang tidak dikenali (UFO) di ruang udara

Pesawat berjaya merakam objek terbang tidak dikenali (UFO) di ruang udara  | SEBUAH pesawat berjaya merakam objek terbang tidak dikenali (UFO) di ruang udara Britain. Objek tersebut dilihat mengekori pesawat tersebut sebelum tiba-tiba hilang dari pandangan. Namun tidak dapat dipastikan sama ada rakaman tersebut yang diambil pada 2015 telah disunting.

Objek tersebut yang menyerupai piring terbang dilihat berlegar di ruang udara Kent minggu lalu. Kelibat objek itu menyebabkan penduduk di kawasan berhampiran menganggap ia sama ada makhluk asing atau Santa Claus yang sedang membuat tinjauan sebelum sambutan Krismas. Kent diangkat sebagai destinasi popular UFO, menurut Kumpulan Pengkaji UFO yang berpangkalan di kawasan tersebut. read more