Tag Archives: gambar jadi tular

Ibu dikecam suruh anak kencing dalam mangkuk kerana malas ke tandas

Ibu dikecam suruh anak kencing dalam mangkuk kerana malas ke tandas | Sepatutnya si ibu temankan anak kecik pergi tandas, tapi kerana sifat pemalas, beliau berikan mangkuk dan menyuruh anaknya kecil ke dalamnya. Menjijikkan, tetapi itulah yang terjadi di sebuah restoran di bandar Fangzhuang baru-baru ini. Menurut laporan Shanghaiist, kejadian berkenaan disedari oleh pengunjung lain yang terkejut dengan tindakan kotor tersebut. Si ibu pula dengan muka selamba mengatakan pihak restoran akan membersihkan mangkuk tersebut. read more

Apabila merakam lebih penting daripada menyelamatkan nyawa

Apabila merakam lebih penting daripada menyelamatkan nyawa | TINDAKAN seorang pengunjuang taman tema air yang merakam seorang kanak-kanak disyaki lemas dikecam orang ramai selepas rakamannya tular. Menurut Malaysian Digest, dua video rakaman yang dimuat naik ke laman Facebook pada 6 Mei lalu tersebut telah ditonton lebih 1 juta kali. Sebuah video menunjukkan mangsa, seorang kanak-kanak lelaki terapung di permukaan kolam taman tema berkenaan.

Beberapa pengunjung lain dilihat melepasi mangsa tetapi tidak mempedulikannya atau tidak menyedari keadaan mangsa. Selepas hampir seminit, seorang wanita akhirnya berenang mendapatkan kanak-kanak tersebut dan mangsa dilihat jelas longlai dan tidak bermaya.Video rakaman kedua menunjukkan dua orang lelaki memberikan bantuan kecemasan kepada kanak-kanak terbabit. read more