Tag Archives: gambar di media sosial

Remaja bakar diri semata-mata mahu menjadi bintang di media sosial

Remaja bakar diri semata-mata mahu menjadi bintang di media sosial | Beberapa hospital di Britain mendedahkan mereka menerima kes remaja membakar diri, semata-mata mahu menjadi bintang di media sosial. Kes seumpama itu berlaku selepas ada remaja menyahut ‘cabaran api’. Cabaran berkenaan memerlukan seseorang menyalakan api pada badan mereka dalam usaha meraih populariti dan mendapat banyak ‘likes’ di media sosial.

Namun berita yang dipetik daripada laporan Sinar Harian ini menyebut, dalam kebanyakkan kes, cabaran itu berlaku diluar kawalan dan mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan termasuk pembedahan menyelamatkan nyawa. Kakitangan di Hospital Morriston, Swansea mengesahkan pihaknya menerima kes seumpama itu. read more

Wanita terima tuah selepas gemar sunting gambar pergi melancong

Wanita terima tuah selepas gemar sunting gambar pergi melancong | Dek kerana tidak mempunyai wang untuk melancong ke Asia, seorang wanita Kenya hanya mampu menyunting gambarnya seolah-olah sedang bercuti di lokasi percutian terkenal dan kemudian memuatnaiknya di laman Facebooknya. Tindakannya Sevelyn Gat menyunting gambarnya sedang berdiri di hadapan pesawat Kenya Airways, Tembok Besar China dan sebuah tokong mendapat perhatian selepas gambar-gambar tersebut mula viral di media sosial dan turut memperoleh ribuan ‘likes’. read more