Tag Archives: Facebook Live

Pelajar berdepan kes buli selepas siar rakan sekelas sedang buang air besar di Facebook Live

Pelajar berdepan kes buli selepas siar rakan sekelas sedang buang air besar di Facebook Live | LIMA murid di sekolah rendah yang tidak dinamakan berdepan aduan buli selepas mereka menyiarkan secara langsung seorang rakan sekelas mereka sedang buang air besar di Facebook Live. Mangsa, seorang murid perempuan berusia 11 tahun, memfailkan aduan di Polis Daerah Manila (MPD), Filipina, lapor Radio Inquirer. Menurut mangsa, rakan sekelasnya berumur sekitar 11 hingga 13 tahun.

Laporan itu menyatakan bahawa murid itu pergi ke tandas sekolah untuk buang air besar dan diekori lima rakan sekelasnya yang kemudian mengambil videonya serta menyiarkannya menerusi akaun media sosial. Mangsa tidak tahu dirinya dirakam sehinggalah jirannya melihat video itu dan menunjukkan kepada ibu bapanya. Lima pembuli itu pada mulanya ditangkap oleh pihak berkuasa MPD tetapi kemudian dibebaskan dan kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan. -Yahoo Philippines read more

Cubaan remaja tiru aksi hero filem Tamil gagal malah jadi mimpi ngeri

Cubaan remaja tiru aksi hero filem Tamil gagal malah jadi mimpi ngeri | Malang bagi seorang remaja lelaki apabila cubaannya meniru aksi hero filem Tamil tidak menjadi selepas tidak sedarkan diri akibat terpelanting selepas ‘dicampak’ oleh seekor gajah. Haiwan terbabit berang dengan perbuatan remaja itu yang cuba memanjat badannya menerusi belalai, seperti yang ditonton dalam satu babak filem Tamil bertajuk Baahubali.

Aksi remaja itu dirakam oleh rakannya melalui Facebook Live, namum belum sempat dia memanjat badan gajah terbabit, mangsa dihayun belalai haiwan itu hingga tercampak dan tergolek menyebabkannya pengsan. Seorang penduduk berkata, gajah terbabit nyata ‘tidak berminat’ dengan tindakan remaja lelaki itu apabila dicampak seperti bola ke udara. “Dia ditemui tidak sedarkan diri oleh rakannya yang merakam saat itu menggunakan kamera telefon bimbit. read more