Tag Archives: evelyn rose

SUAMIKU SI MATA BIRU – EVELYN ROSE

~STICKY POST ENTRY~

SUAMIKU SI MATA BIRU – EVELYN ROSE | Akhirnya selepas beberapa tahun penulis ni muncul dengan novel baru.. Hehe rindu. Dua novelnya sebelum ni baca berkali-kali pun tak bosan. Dan yang paling istimewa dengar khabar kisah novel ni adalah kisah benar penulis itu sendiri. Hehe lulu dah tengok si empunya mata biru di laman istagram penulis ini. Dah jom baca review lulu..

Irina, gadis dari Malaysia melenjutkan pelajaran di peringkat PHD dalam bidang Bangunan dan Tenaga di Newcastle, UK. Dia berkeras tidak mahu jatuh cinta namun menemui James Howards, di Restoran Chilli Padi. Si jejaka bermata biru yang berasal dari Lancashire sebuah kawasan luar bandar begitu menawan hati Irina, namun antara mereka ada begitu banyak perbezaan. Diam-diam Irina redha tapi takdir mempertemukan mereka tiga kali lagi selepas itu dan akhirnya mereka bersetuju untuk berkahwin secara rahsia dek kerana mahu menjaga hati keluarga. Perkahwinan itu hanya diketahui oleh ayah Irina. read more