Tag Archives: ditinggal teman lelaki

Wanita bakar kediaman teman lelaki selepas ditinggalkan

Wanita bakar kediaman teman lelaki selepas ditinggalkan | SEORANG wanita bertindak membakar flat kediamannya teman lelakinya selepas dia ditinggalkan pada sambutan Hari Kekasih. Kasey Lee Schembri, 21, yang hamil anak pertama hasil hubungan dengan kekasihnya pada ketika itu, berang apabila diarahkan keluar dari sebuah rumah yang terletak di Falcon Drive, Cardiff Bay. Dia mendakwa kekasihnya itu tidak mahukan anak yang dikandungnya.

Kasey kemudiannya bertindak membakar kertas yang terdapat di dalam kotak surat. Kekasihnya pulang ke rumah dan menyedari asap keluar dari pintu hadapan dan tidak dapat memasuki rumahnya kerana kunci tersekat pada tombol pintu. Namun dia merempuh pintu rumahnya dan dengan bantuan jiran, kebakaran tersebut berjaya dipadamkan sebelum merebak ke rumah lain. read more