Tag Archives: dipatuk ular

Aktiviti mendaki gunung bertukar tragedi selepas salah seorang dipatuk ular

Aktiviti mendaki gunung bertukar tragedi selepas salah seorang dipatuk ular | Aktiviti mendaki gunung tiga sahabat bertukar menjadi pengalaman pahit bagi salah seorang daripada mereka apabila terpaksa menahan sakit lebih 24 jam setelah dipatuk ular di Gunung Semangkuk berhampiran Fraser Hill, dekat Raub Sabtu lalu. Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penguasa Bomba Shahrulnizam Nasir berkata, Bakhtiar Itam Shamsuddin, 44, dipatuk ular pada pukul 10 malam Sabtu lalu ketika mendaki gunung berkenaan dan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 10.24 pagi semalam. read more

Penting : Semua yang anda perlu tahu tentang patukan ular

Penting : Semua yang anda perlu tahu tentang patukan ular | ANTARA berita menyayat hati minggu ini adalah tentang seorang murid tahun satu, Nuriey Nadhirah Roslan maut dipatuk ular di sekolah. Cuaca panas yang melanda negara sejak kebelakangan ini menjadi punca mengapa tiba-tiba sahaja haiwan berbisa ini menjadi ‘penghuni’ di tempat-tempat yang kebiasaannya bukan habitatnya. Akibatnya, risiko untuk kejadian seperti yang menimpa Nuriey berlaku adalah sangat tinggi.

Mungkin ada baiknya juga kita mengambil tahu sedikit sebanyak tentang patukan ular dan apa yang boleh dilakukan jika berada dalam situasi perlu berhadapan dengan ular. read more