Tag Archives: dewan peperiksaan

Sebuah kolej diharamkan mengendalikan peperiksaan

Sebuah kolej diharamkan mengendalikan peperiksaan | Sebuah kolej di India diharam mengendalikan peperiksaan selepas kakitangannya memotong lengan baju calon wanita bagi mengelak mereka menipu dalam peperiksaan kejururawatan, kata pihak berkuasa semalam. Satu rakaman video menunjukkan kakitangan di kolej terbabit menggunakan gunting dan pisau untuk mengerat lengan baju terbabit sebelum membenarkan mereka masuk ke dewan peperiksaan, kelmarin.

Kejadian dikatakan berlaku di daerah Muzaffarpur, Bihar apabila beberapa calon peperiksaan wanita kelihatan membawa lengan baju yang dipotong itu ketika polis mengawal luar dewan berkenaan. Tindakan itu mencetuskan bantahan di luar pusat peperiksaan, selain mengundang kecaman di media sosial. Pegawai Pendidikan Daerah, Lalan Prasad Singh berkata, tindakan itu dilakukan untuk melindungi calon peperiksaan, namun pihaknya juga melakukan siasatan untuk mengenal pasti individu bertanggungjawab. read more