Tag Archives: Datuk Aliff Syukri

Pembantu rumah Datuk Aliff Syukri jadi perhatian lagi

Pembantu rumah Datuk Aliff Syukri jadi perhatian lagi | Walaupun hanya menjadi pembantu rumah, tapi jangan pandang sebelah mata kerana mereka juga sebenarnya berkebolehan sebagai ‘perunding gaya’ kepada majikan. Begitulah adegan melucukan membabitkan pembantu rumah keluarga Datuk Aliff Syukri Kamarzaman di rumah ibu kepada jutawan kosmetik itu. Bukan setakat mahir dalam soal jenama-jenama mewah, sehinggakan harga sesuatu barangan itu pun diketahuinya.

Menerusi penstriman video secara langsung di Facebook ‘Aliff Syukri Terlajak Laris’ pada Jumaat, usahawan itu hadir ke rumah ibunya untuk menghadiahkan beg yang dibeli semasa percutian di Eropah, baru-baru ini. Namun cabaran bagi Aliff adalah untuk meyakinkan ibunya dengan pelbagai beg jenama mewah yang dibawa untuk dipilih sebagai hadiah. “Mak saya ni memang tak suka bergaya. Aku beli beg Gucci, beg Prada, tapi beg ‘cap’ ayam juga yang dia pakai,” katanya sambil meminta ibunya memilih mana-mana beg yang menjadi pilihan hati. read more

Datuk Aliff Syukri tawar wang tunai RM5000 untuk pemberi maklumat sehingga tertangkap bibik

Datuk Aliff Syukri tawar wang tunai RM5000 untuk pemberi maklumat sehingga tertangkap bibik | ADA rumah besar pun tak guna! Itulah kesimpulan yang dapat dibuat terhadap pengasas produk kecantikan, Datuk Aliff Syukri yang terpaksa tidur di hotel gara-gara trauma kerana barangan berharga dan wang tunai bernilai RM100,000 miliknya dikebas orang gaji. Malah usahawan itu sanggup menawarkan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada orang ramai yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya empat orang gajinya itu yang sudah cabut lari. Tawaran itu dikongsi beliau menerusi satu rakaman video berdurasi 6.14 saat yang dimuatnaik di laman Facebook miliknya ‘Aliff Syukri Terlajak Laris’ pada malam Ahad. read more