Tag Archives: Datin Seri Rosmah Mansor

Darjah kebesaran Najib dan Rosmah ditarik balik berkuatkuasa serta-merta

Darjah kebesaran Najib dan Rosmah ditarik balik berkuatkuasa serta-merta  | Mesyuarat Khas Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan pada Jumaat memutuskan pengurniaan darjah kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor ditarik balik berkuat kuasa serta-merta. Pendaftar Darjah, Dr Razali Ab Malik dalam kenyataan di sini berkata ia membabitkan pengurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) kepada Najib pada tahun 2005 mengikut Warta Kerajaan Jilid 59 No.5 bertarikh 2 Mac 2006. read more

Datin Seri Rosmah Mansor ditahan SPRM

Datin Seri Rosmah Mansor ditahan SPRM | Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ditahan jam 3.20 petang ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini. Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat SPRM pada jam 10.42 pagi tadi untuk memberi keterangan kali ketiga. Difahamkan, Rosmah disoal siasat berhubung syarikat subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd dan pengubahan wang haram.

SPRM, dalam satu kenyataan sebentar tadi, mengesahkan penahanan Rosmah berhubung siasatan pengubahan wang haram selepas SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara. Susulan itu, Rosmah akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Rosmah akan bermalam di SPRM hari ini dan sebelum dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok pada jam 8 pagi untuk menghadapi pertuduhan terbabit. read more

Incoming search terms:

  • rosmah mansor di tahan