Tag Archives: cubaan bunuh diri

Niat mahu bunuh diri tapi gagal

Niat mahu bunuh diri tapi gagal | Cubaan seorang warga emas untuk menamatkan riwayat hidupnya dengan menggantung diri gagal selepas dia sempat diselamatkan orang awam yang kebetulan melalui bulatan Jalan Astana di sini lewat petang semalam. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisoner Abang Ahmad Abang Julai berkata, lelaki berusia 72 tahun itu cuba menggantung diri pada dahan sebatang pokok di sini kira-kira pukul 6.55 petang.

“Bagaimanapun, orang awam yang kebetulan melalui jalan itu segera menyelamatkannya dan menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian berkenaan. “Keadaan mangsa kini dilaporkan sudah stabil, namun masih lagi lemah dan sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya ketika dihubungi tadi. Menurutnya, mangsa dikatakan mempunyai masalah parkinson sejak pertengahan 2016. read more

Remaja pilih ambang 2018 untuk bunuh diri terjun dari pasar raya

 Remaja pilih ambang 2018 untuk bunuh diri terjun dari pasar raya | Seorang remaja lelaki maut apabila terjatuh daripada sebuah pasar raya di Taiping, Perak pada ambang Tahun Baru semalam. Mangsa, Lee Horng Chinhang Siew Chun,18, yang berasal dari Pokok Assam maut di tempat kejadian sebaik jatuh dari bangunan setinggi enam tingkat dalam insiden berkenaan. Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superitendan Razlam Ab Hamid berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 8.25 malam berkenaan insiden tersebut. read more