Tag Archives: Caron How Choy Sim

Baru tahu watak dalam komik Mat Despatch memang wujud

Baru tahu watak dalam komik Mat Despatch memang wujud | TAHUKAH anda watak-watak komik terkenal Mat Despatch yang sudah hampir 20 tahun menghiburkan peminat-peminatnya diinspirasi daripada watak sebenar? Selama hampir 20 tahun juga, perkara ini tidak diketahui oleh pembaca setianya, sehinggalah salah seorang watak daripada komik itu mengucapkan takziah di atas pemergian pelukis asal Lengkuas yang menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat.

Caron iaitu watak setiausaha dalam komik berkenaan telah mengesahkan perkara itu ketika memuat naik ucapan tersebut di laman Facebook Allahyarham Lengkuas dan ia mendapat reaksi pelbagai daripada peminat Mat Despatch.Caron How Choy Sim memecah rahsia itu dengan berkata bahawa wataknya dalam komik berkenaan tidak akan sama lagi tanpa Allahyarham. Lantas Caron dihujani pelbagai persoalan daripada peminat Lengkuas yang turut bertanyakan mengenai kesahihan watak bos dalam komik itu iaitu Zainol. read more