Tag Archives: bulu mata palsu

Pelanggan kecewa pekerja salun guna Super Glue lekat bulu mata palsu

Pelanggan kecewa pekerja salun guna Super Glue lekat bulu mata palsu | MATA seorang wanita bengkak dan hampir tiada bulu selepas pekerja sebuah salon kecantikan menngunakan Super Glue, bukannya pelekat kosmetik untuk memasang bulu mata palsu di matanya. Sejak video mengenai matanya dimuat naik pada Sabtu, lebih sejuta orang menonton video mengerikan itu, menunjukkan wanita berkenaan, yang tidak dinamakan melakukan kerja-kerja pembaikan terhadap matanya yang hampir ‘rosak’.

Pakar kecantikan yang dipertanggungjawabkan untuk ‘membaiki’ kerja buruk itu yang hanya dikenali sebagai Fara berkata wanita dalam video berkenaan berlari ke salunnya di Phuket pada Jumaat, untuk meminta pertolongan. Fara terkejut melihat apa yang disifatkannya sebagai salah satu kes yang paling berbahaya dan menyakitkan yang pernah dilihatnya dalam tempoh 10 tahun bekerja dalam bidang kecantikan.Fara berkata dia memutuskan untuk berkongsi video itu sebagai peringatan untuk wanita lain. read more