Tag Archives: Budak 10 tahun galas tugas jaga ibunya yang hilang ingatan dan tidak mampu urus diri

Budak 10 tahun galas tugas jaga ibunya yang hilang ingatan dan tidak mampu urus diri

Budak 10 tahun galas tugas jaga ibunya yang hilang ingatan dan tidak mampu urus diri | Seorang budak perempuan berusia 10 tahun menggalas tugas menjaga ibunya yang hilang ingatan dan memiliki akal seperti kanak-kanak setelah wanita itu mengalami pendarahan otak. Cai Chengcheng baru berusia enam tahun ketika ibunya, Chen Li mengalami pendarahan otak yang menyebabkannya tidak lagi mampu menguruskan diri sendiri.

Chengcheng berkata, dia masih ingat kali pertama ibunya pulang ke rumah selepas menerima rawatan di hospital. “Ibu duduk di kerusi roda, dia mengenali saya tetapi tidak dapat memanggil nama saya,” katanya yang setiap hari mengajar ibunya membaca, menulis dan bercakap. “Ketika saya kecil, ibulah yang mengajar saya bercakap dan membaca, kini adalah giliran saya pula mengajar ibu,” katanya kepada akhbar Chengdu Business Daily. read more