Tag Archives: blue whale challenge

Adik beradik maut selepas nekad terjun dari tingkat 10 apartmen mereka

Adik beradik maut selepas nekad terjun dari tingkat 10 apartmen mereka | SATU insiden menggemparkan dilapor berlaku di Rusia di mana dua beradik nekad terjun dari tingkat 10 apartmen dihuni mereka. Dalam insiden yang berlaku di Izhevsk itu, dua beradik tersebut — Anastasia Svetozarova, 15 tahun, dan adiknya adiknya, Maria Vinogradova, 12 tahun — dilapor bertindak demikian dipercayai akibat dilanda kemurungan melampau.

Maria dikatakan mengalami kemurungan selepas dibawa bertemu pakar sakit puan apabila ibunya mengetahui tentang hubungannya dengan seorang teman lelaki berusia 12 tahun, lapor portal Daily Mail. Kakak Maria pula dilapor telah mengalami kemurungan sejak sekian lama, menurut kata teman lelakinya sepertimana dalam laporan portal tersebut. Sebelum terjun, dua beradik itu sempat meninggalkan mesej di laman media sosial mereka. Dalam satu video yang dirakam sendiri oleh Anastasia, dia mengucapkan selamat tinggal dan berkata dia amat menyayangi orang di sekelilingnya. read more

Ketahui cabaran Blue Whale Challenge yang menggalakan remaja bunuh diri

Ketahui cabaran Blue Whale Challenge yang menggalakan remaja bunuh diri | PIHAK berkuasa di beberapa buah negara mengeluarkan amaran kepada ibu bapa berhubung satu cabaran yang tular dalam kalangan remaja menerusi atas talian. Cabaran yang dinamakan Blue Whale Challenge ini mensasarkan remaja untuk melakukan pelbagai aktiviti merbahaya, dengan kemuncak untuk ‘memenangi’ cabaran ini ialah terjun dari bangunan tinggi.

Dengan kata lain, bunuh diri.

Sebelum sampai ke peringkat itu, mereka yang mendaftar untuk melakukan cabaran ini akan diminta untuk melakukan 50 jenis tugasan, antaranya mengelar dan mengukir pergelangan tangan dengan pelbagai corak, berdiri di pinggir kren yang tergantung dan berdiri di atas landasan kereta api.Cabaran itu dikatakan bermula di Rusia pada 2015, dan sehingga kini telah mengakibatkan kematian kira-kira 130 orang remaja. Ia kembali diperkatakan apabila dua remaja di Rusia, Yulia Konstantinova, 15, dan Veronika Volkova, 16, maut selepas terjun dari bangunan apartment 14 tingkat, Februari lalu. read more