Tag Archives: bedah siasat

Pemandu lori jumpa mayat bayi masih bertali pusat dalam timbunan sampah

Pemandu lori jumpa mayat bayi masih bertali pusat dalam timbunan sampah | Mayat seorang bayi yang masih bertali pusat ditemui dalam timbunan sampah dekat pusat pembuangan sampah di Kampung Bukit Tajol, Machang di sini. Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintenden Dzulkifli Abdul Ghani berkata seorang pemandu lori Majlis Daerah Machang (MDM) menjumpai mayat bayi perempuan tersebut kira-kira pukul 11.30 pagi Isnin.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit. “Kawasan pelupusan sampah itu agak jauh dari jalan utama dan tiada ada unit kediaman yang berdekatan,” katanya. Mayat bayi tersebut dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat. -SH read more

Pelancong mati terjun dari tingkat 12 sebuah hotel di Bandaraya Kota Kinabalu

Pelancong mati terjun dari tingkat 12 sebuah hotel di Bandaraya Kota Kinabalu | Seorang pelancong lelaki warga India mati selepas dipercayai terjun dari Tingkat 12 sebuah hotel di Bandaraya Kota Kinabalu, di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian pada jam 2.45 pagi itu, Hitesh Oswal, 25, dipercayai membuka pintu tingkap dan terjun dari tingkat 12 sebelum jatuh di tingkat lima hotel berkenaan. Dia datang melancong ke Sabah bersama keluarga angkat sejak tiga hari lalu dan menyewa di hotel berkenaan. read more