Tag Archives: bayi baru lahir

Kaki bayi berusia empat hari dipotong akibat kecuaian seorang jururawat

Kaki bayi berusia empat hari dipotong akibat kecuaian seorang jururawat | Sekumpulan doktor di China bertungkus-lumus menyelamatkan kaki seorang bayi berusia empat hari daripada dipotong akibat kecuaian seorang jururawat di Hospital Xincai. Namun, usaha itu gagal apabila kaki bayi berkenaan melecur teruk dan terpaksa dipotong bagi menyelamatkan nyawa bayi berkenaan yang diletakkan di unit rawatan rapi bayi.

The Sun melaporkan, kaki bayi itu melecur akibat alat pengering bersuhu tinggi yang dihalakan ke bayi itu kira-kira 30 minit. Kejadian itu bagaimana sempat dirakam menerusi kamera CCTV yang memperlihatkan seorang jururawat sedang mengeringkan bayi tersebut selepas mandi.
Dalam video berkenaan, jururawat itu meninggalkan bayi tersebut dengan alat pengering yang masih berfungsi. read more

Pasangan terkejut anak lahir dengan kalimah Allah pada dahinya

Pasangan terkejut anak lahir dengan kalimah Allah pada dahinya | Setiap pasangan berkahwin pasti merasa bahagia dan bersyukur saat dikurniakan cahaya mata, apatah lagi jika bayi itu dilahirkan dengan kalimah ALLAH tertulis di dahinya. Pasangan Saiful dan Dewi Agustina dikurniakan bayi istimewa itu pada 3 April 2018 lalu dan gambarnya menjadi tular setelah dimuat naik di akaun seorang pengguna Facebook, Yuni Rusmini.

Meskipun hanya mengetahui dirinya hamil pada usia kandungan sudah mencecah lima bulan, bayi yang dilahirkan menerusi pembedahan itu berada dalam keadaan sihat. Menurut Ketua kampung Desa Ambahai yang juga bekas guru sekolah Dewi, wanita itu seorang pelajar yang pendiam dan sabar serta tidak pernah menimbulkan masalah. Walaupun hidup susah dengan sekadar mencari rezeki sebagai nelayan, Saiful dan Dewi dikenali sebagai orang yang sabar serta aktif dalam kegiatan kemasyarakatan. – Tribunnews read more