Tag Archives: barang kahwin

Majlis perkahwinan tetap diteruskan walaupun segala persiapan hangus bersama rumah yang terbakar

Majlis perkahwinan tetap diteruskan walaupun segala persiapan hangus bersama rumah yang terbakar | Dugaan seminggu sebelum perkahwinan, Nurul Ain Izzatti Arijan terpaksa reda apabila rumahnya kini hanya tinggal zink karat, manakala 11 barang hantarannya hanya tinggal abu. Rumah pusaka yang diduduki Nurul Ain sekeluarga hangus dijilat api dalam kejadian lebih kurang jam 12.36 pagi Jumaat di Kampung Kuantan, Kuala Selangor.

Menurut Nurul Ain, 25, sebelum kejadian, ibunya Intan Shahirah Abdullah merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah yang didiami mereka dan dia terus ke bahagian dapur.”Ibu nampak lampu dapur berkelip-kelip dan dalam sekelip mata, api marak. “Ibu memanggil ayah dan ketika itu saya berada di ruang tamu sedang menyiapkan beberapa barang hantaran. “Saya terus menjerit keluar rumah meminta tolong, manakala ibu dan ayah terus keluar rumah. read more