Tag Archives: balas dendam kekasih curang

Lelaki dakwa rogol ibu kerana tekanan dituduh rogol teman wanitanya

Lelaki dakwa rogol ibu kerana tekanan dituduh rogol teman wanitanya  | SEORANG lelaki di United Kingdom mendakwa merogol ibunya sendiri kerana tekanan dituduh merogol teman wanitanya dipenjara selama 15 tahun. Pemuda berusia 29 tahun tersebut membuat pendedahan bahawa pengaruh dadah menyebabkan dia bertindak melakukan serangan ke atas ibunya. Malah dia turut mendedahkan pengambilan bahan terlarang itu disebabkan tuduhan serangan seksual ke atas teman wanitanya selain kekasihnya itu curang. read more

Wanita ini ada cara balas dendam untuk kekasihnya yang curang

Wanita ini ada cara balas dendam untuk kekasihnya yang curang | Seorang wanita bertindak balas terhadap teman lelakinya yang curang dengan menjual semua barangan milik kekasihnya selepas mereka memutuskan hubungan. Wanita berusia 26 tahun itu mengadakan jualan terbuka, menawarkan barangan milik bekas teman lelakinya dengan harga murah di kediamannya di Yarra Selatan, tenggara Melbourne, kelmarin.

Dia turut menggantung poster berbunyi: “Bekas kekasih curang. Semua mesti dijual!” Pelajar universiti itu berkata, tindakannya itu adalah cara dia membalas dendam terhadap lelaki berkenaan. Antara yang dijual ialah pakaian, kasut, permainan video, filem, kelengkapan senaman, buku dan beberapa lagi.  Menurutnya, wang hasil jualan itu akan digunakan untuk dia melancong ke luar negara. -AP read more