Tag Archives: Bachok

Lazada Malaysia

Bekas tentera dihukum 34 tahun penjara 23 sebatan kerana rogol anak saudara berusia 8 tahun

Bekas tentera dihukum 34 tahun penjara 23 sebatan kerana rogol anak saudara berusia 8 tahun | Seorang bekas tentera dihukum penjara 34 tahun dan 23 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan merogol dan melakukan kelucahan melampau terhadap anak saudaranya berusia lapan tahun, pada dua tahun lalu. Hakim Nazri Ismail mengenakan hukuman terhadap tertuduh yang berusia 40 tahun selepas didapati bersalah di akhir kes pembelaan. Bagi kesalahan rogol, tertuduh dihukum penjara selama 24 tahun serta 15 sebatan, berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 24 Januari 2016. read more

Hari bahagia berakhir tragedi, pengantin lelaki dibunuh di majlis perkahwinan

 Hari bahagia berakhir tragedi, pengantin lelaki dibunuh di majlis perkahwinan| Semalam sepatutnya hari bahagia bagi Ahamad Daud kerana menjadi raja sehari, tetapi jodoh beliau tidak panjang dan ia berakhir dengan tragedi. Ahamad, 27 tahun, anggota renjer yang bertugas di Pattani maut setelah ditembak dari jarak dekat oleh empat lelaki ketika beliau berbual dengan isterinya, Elani Matnor, 27 tahun dan ibu mertua di bawah khemah.

Ketua Polis Daerah Muang Pattani Kirati Waeyusoh berkata kejadian berlaku pada 5.30 petang waktu tempatan pada majlis perkahwinan di Kampong Pakaharang, Muang Pattani. Beliau berkata Ahamad cedera parah dan meninngal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital setelah ditembak dalam jarak dekat di bahagian kepala dan dada oleh empat orang lelaki yang kemudian melarikan diri. read more