Tag Archives: Asisten Komisioner M Chandra

Wanita ditemui mati akibat kehilangan banyak darah selepas bersalin di hotel

Wanita ditemui mati akibat kehilangan banyak darah selepas bersalin di hotel | Seorang wanita ditemui mati, dipercayai akibat kehilangan banyak darah selepas melahirkan bayi lelaki di tandas sebuah hotel di Jalan Pantai, di sini, hari ini. Mayat wanita berusia 24 tahun itu ditemui pekerja hotel terbabit kira-kira jam 7.30 pagi sebelum memaklumkannya kepada polis. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata siasatan mendapati kejadian berlaku di salah sebuah bilik di tingkat tiga hotel berkenaan. read more

Pelancong mati terjun dari tingkat 12 sebuah hotel di Bandaraya Kota Kinabalu

Pelancong mati terjun dari tingkat 12 sebuah hotel di Bandaraya Kota Kinabalu | Seorang pelancong lelaki warga India mati selepas dipercayai terjun dari Tingkat 12 sebuah hotel di Bandaraya Kota Kinabalu, di sini awal pagi tadi. Dalam kejadian pada jam 2.45 pagi itu, Hitesh Oswal, 25, dipercayai membuka pintu tingkap dan terjun dari tingkat 12 sebelum jatuh di tingkat lima hotel berkenaan. Dia datang melancong ke Sabah bersama keluarga angkat sejak tiga hari lalu dan menyewa di hotel berkenaan. read more