Tag Archives: asid deoksiribonukleik (DNA)

Para pengkaji terkejut menemui tulisan Allah pada pakaian Viking

Para pengkaji terkejut menemui tulisan Allah pada pakaian Viking | Para pengkaji di Sweden menemukan corak tulisan Arab yang ditenun pada pakaian-pakaian pengebumian pahlawan Viking, sekali gus mencetuskan persoalan berhubung pengaruh agama Islam di Scandinavia. Kajian yang dilakukan terhadap pakaian-pakaian yang ditemukan daripada kubur berusia dari abad kesembilan dan ke-10 itu secara tidak langsung memberi gambaran mengenai hubu­ngan pahlawan Viking dengan dunia Islam. Tulisan Arab yang ditenun dengan benang emas dan perak pada pakaian tersebut dieja sebagai Allah dan Ali. read more

30 tahun hilang ingatan kerana kemalangan, akhirnya dia pulih..

30 tahun hilang ingatan kerana kemalangan, akhirnya dia pulih.. | Seorang lelaki di Kanada yang hilang ingatan selama 30 tahun selepas terlibat dalam satu kemalangan, akhirnya mengingati identitinya semula, baru-baru ini. Portal CNN yang memetik kenyataan Polis Wilayah Niagara melaporkan, Edgar Latulip, 51, yang berasal dari Kitchener, Kanada, mula mengingati namanya sejak dia berkhidmat sebagai pekerja sosial pada 7 Januari lalu.

Jelas laporan itu, Latulip me­ninggalkan kawasan kediamannya pada 1986 dengan menaiki sebuah bas ke Air Terjun Niagara, tetapi mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke bandar St. Catharines yang menyebabkan kepalanya terhantuk dan dia hilang ingatan akibat kecederaan tersebut. Sejak kejadian itu, Latulip tinggal di bandar berkenaan selama 30 tahun dan menggunakan nama berbeza, tetapi mula mengingati identiti sebenar baru-baru ini dan melakukan siasatan secara lanjut dengan mengumpulkan maklumat daripada akhbar lama. read more