Tag Archives: artis berhijab

Lazada Malaysia

Pelakon Zarina Zainuddin buat keputusan tarik diri dari drama Dendam Aurora

Pelakon Zarina Zainuddin buat keputusan tarik diri dari drama Dendam Aurora | Gara-gara dihentam peminat ekoran tindakannya membuka tudung bagi menjayakan watak dalam drama, Dendam Aurora, pelakon Zarina Zainuddin membuat keputusan menarik diri daripada projek terbabit. Zarina, 46, berkata keputusan itu dibuat atas kehendaknya sendiri selain menyifatkan, ia mungkin ujian yang harus dilalui dalam usaha untuk menjadi Muslimah lebih baik.

“Saya sudah berbincang dengan pihak produser. Alhamdulillah, dia faham sebab saya menarik diri daripada terus berlakon dalam siri itu. “Mujur saya baru menjalani penggambaran untuk satu babak saja dan mereka juga sudah mempunyai pengganti saya. Apa pun, perkara ini benar-benar membuatkan saya tidak boleh tidur malam. “Insya-Allah, semoga segala urusan saya selepas ini dipermudahkan, selain dapat hidup lebih tenang,” katanya. Baru-baru ini, Zarina dihentam hebat oleh netizen gara-gara memuat naik foto berambut palsu bagi menjayakan drama rantaian 100 episod, Dendam Aurora.

read more

Isu pelakon Zarina Zainuddin rela buka tudung demi watak dalam drama

Isu pelakon Zarina Zainuddin rela buka tudung demi watak dalam drama | Aktres Zarina Zainuddin memohon maaf jika ada pihak kurang senang dengan tindakannya membuka tudung bagi menjayakan watak dilakonkan. Zarina, 46, berkata biarpun sedar perbuatannya salah di sisi agama, namun sebagai pelakon yang belum bersara dia terpaksa berbuat demikian bagi menghidupkan watak. “Sebelum ini, saya pernah jelaskan, walaupun sudah berhijab, mungkin saya membuka tudung bagi sesetengah drama.

“Memang salah cara itu dan kalau nak diikutkan, berlakon juga tetap berdosa biarpun bertudung labuh. “Maafkan diri ini seandainya ada pihak yang tidak senang melihat saya di kaca televisyen (TV) tanpa tudung bagi sesetengah drama. “Suami saya pun tidak menggalakkan cara saya ini. Dia juga sudah berpesan, kalau boleh jangan buka tudung. Tindakan ini ialah salah saya sendiri,” katanya. Baru-baru ini Zarina dikecam netizen gara-gara memuat naik foto berambut palsu bagi menjayakan drama rantaian 100 episod, Dendam Aurora.

read more

Incoming search terms:

  • dendam aurora