Tag Archives: antara cara bunuh diri

Niat mahu bunuh diri tapi gagal

Niat mahu bunuh diri tapi gagal | Cubaan seorang warga emas untuk menamatkan riwayat hidupnya dengan menggantung diri gagal selepas dia sempat diselamatkan orang awam yang kebetulan melalui bulatan Jalan Astana di sini lewat petang semalam. Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisoner Abang Ahmad Abang Julai berkata, lelaki berusia 72 tahun itu cuba menggantung diri pada dahan sebatang pokok di sini kira-kira pukul 6.55 petang.

“Bagaimanapun, orang awam yang kebetulan melalui jalan itu segera menyelamatkannya dan menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian berkenaan. “Keadaan mangsa kini dilaporkan sudah stabil, namun masih lagi lemah dan sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya ketika dihubungi tadi. Menurutnya, mangsa dikatakan mempunyai masalah parkinson sejak pertengahan 2016. read more

Ibu bunuh diri kerana tidak suka dengan wanita pilihan anak lelakinya

Ibu bunuh diri kerana tidak suka dengan wanita pilihan anak lelakinya | SEORANG ibu di China membunuh diri hanya kerana tunang anak lelakinya terlalu pendek. Mayat wanita berumur 47 tahun itu ditemui di sebatang sungai di Ningling di wilayah Henan pada 17 November lalu. Suami yang menemui mayat isterinya kemudiannya terjun ke dalam sungai kerana terlalu sedih. Anak lelaki mangsa cuba menyelamatkan bapanya sebelum kedua-duanya diselamatkan oleh pihak polis.

Memetik laporan People’s Daily, wanita tersebut membunuh diri kerana tidak mampu menunaikan hadiah perkahwinan yang mahal berupa sebuah kereta seperti yang dituntut tunang anak lelakinya. Jabatan propaganda Ningling bagaimanapun menafikan dakwaan itu. Menurut satu ‘posting’ di akaun rasmi media sosial mereka, pihak berkuasa memberitahu bahawa mangsa membunuh diri kerana tidak gembira dengan ketinggian tunang anak lelakinya. read more