Tag Archives: akibat dari pergaduhan

Rakaman pakar bedah dan jururawat bergaduh dalam bilik pembedahan tular

Rakaman pakar bedah dan jururawat bergaduh dalam bilik pembedahan tular | Sebuah rakaman yang memaparkan seorang pakar bedah dan jururawat bergaduh di dalam bilik pembedahan tular di China. Rakaman video pada 12 Mei itu menunjukkan dua pekerja perubatan masih berpakaian uniform pembedahan dilihat bertengkar sesama sendiri. Lelaki itu pada mulanya melemparkan sarung tangan kepada seorang jururawat menyebabkan wanita itu bertindak balas dengan menumbuk lelaki berkenaan.

Lelaki berkenaan terus menumbuk berulang kali wanita itu dan pekerja yang lain dilihat cuba menghentikan pergaduhan itu. Insiden berkenaan dilaporkan berlaku di Lankpu, wilayah Henan, tengah China. Sementara itu, berdasarkan rakaman soal siasat dengan pegawai penyiasat polis, lelaki itu berkata, insiden itu berlaku selepas tamat pembedahan dan tiada pesakit di dalam berkenaan ketika kejadian. Polis tidak mendedahkan punca yang membawa kepada perbalahan tersebut. -AP read more

Lelaki dihukum cungkil mata selepas menyebabkan seorang lelaki menjadi buta

Lelaki dihukum cungkil mata selepas menyebabkan seorang lelaki menjadi buta | Sebuah mahkamah di sini mengarahkan mata seorang tertuduh dicungkil selepas didapati bersalah menyebabkan seorang lelaki buta dalam satu pergaduhan. Hamad, 27, didapati bersalah menyebabkan mata seorang lelaki buta ketika bergaduh pada Mac 2011. Tertuduh memberitahu mahkamah, ketika kejadian dia berada di rumah sebelum ibunya menelefon memberitahu bapanya terbabit dalam satu kemalangan jalan raya.

“Saya bergegas ke tempat kejadian dan melihat bapa bergaduh dengan seorang lelaki. “Saya mahu membantu bapa dan tidak berniat untuk mencederakan sesiapa,” katanya. -AP read more