Tag Archives: Air Terjun Niagara

Pasangan rakam gambar perkahwinan ketika cuaca bawah paras beku

Pasangan rakam gambar perkahwinan ketika cuaca bawah paras beku | Sepasang pengantin sanggup menahan keadaan cuaca sejuk melampau apabila mahu mengabadikan gambar perkahwinan mereka di kawasan air terjun Niagara di sini yang kini sedang membeku. Jonathan Czitkovics dan isterinya Yvonne Chen telah melangsungkan majlis perkahwinan mereka di Thailand, namun Czitkovics membuat keputusan untuk merakam gambar perkahwinan di sini memandangkan dia berasal dari Montreal, Kanada.

Beberapa keping gambar yang dimuat naik ke internet menunjukkan mereka merakam gambar perkahwinan di kawasan air terjun Niagara yang merupakan antara lokasi tercantik di dunia pada 3 Januari lalu. Czitkovics hanya mengenakan sut hitam, manakala Chen pula memakai gaun berwarna merah yang terbuka pada bahagian atas ketika suhu mencecah -6 darjah Celsius. Pasangan itu dikatakan tidak memilih khidmat jurugambar perkahwinan sebaliknya merakam gambar sendiri dengan menetap masa pada sebuah kamera digital. – Agensi read more

30 tahun hilang ingatan kerana kemalangan, akhirnya dia pulih..

30 tahun hilang ingatan kerana kemalangan, akhirnya dia pulih.. | Seorang lelaki di Kanada yang hilang ingatan selama 30 tahun selepas terlibat dalam satu kemalangan, akhirnya mengingati identitinya semula, baru-baru ini. Portal CNN yang memetik kenyataan Polis Wilayah Niagara melaporkan, Edgar Latulip, 51, yang berasal dari Kitchener, Kanada, mula mengingati namanya sejak dia berkhidmat sebagai pekerja sosial pada 7 Januari lalu.

Jelas laporan itu, Latulip me­ninggalkan kawasan kediamannya pada 1986 dengan menaiki sebuah bas ke Air Terjun Niagara, tetapi mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke bandar St. Catharines yang menyebabkan kepalanya terhantuk dan dia hilang ingatan akibat kecederaan tersebut. Sejak kejadian itu, Latulip tinggal di bandar berkenaan selama 30 tahun dan menggunakan nama berbeza, tetapi mula mengingati identiti sebenar baru-baru ini dan melakukan siasatan secara lanjut dengan mengumpulkan maklumat daripada akhbar lama. read more