Category Archives: VIRAL

Pelajar berdepan kes buli selepas siar rakan sekelas sedang buang air besar di Facebook Live

Pelajar berdepan kes buli selepas siar rakan sekelas sedang buang air besar di Facebook Live | LIMA murid di sekolah rendah yang tidak dinamakan berdepan aduan buli selepas mereka menyiarkan secara langsung seorang rakan sekelas mereka sedang buang air besar di Facebook Live. Mangsa, seorang murid perempuan berusia 11 tahun, memfailkan aduan di Polis Daerah Manila (MPD), Filipina, lapor Radio Inquirer. Menurut mangsa, rakan sekelasnya berumur sekitar 11 hingga 13 tahun.

Laporan itu menyatakan bahawa murid itu pergi ke tandas sekolah untuk buang air besar dan diekori lima rakan sekelasnya yang kemudian mengambil videonya serta menyiarkannya menerusi akaun media sosial. Mangsa tidak tahu dirinya dirakam sehinggalah jirannya melihat video itu dan menunjukkan kepada ibu bapanya. Lima pembuli itu pada mulanya ditangkap oleh pihak berkuasa MPD tetapi kemudian dibebaskan dan kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan. -Yahoo Philippines read more

Lelaki tidak sangka iklan kekasih di eBay dapat sambutan bidaan dari seluruh dunia

Lelaki tidak sangka iklan kekasih di eBay dapat sambutan bidaan dari seluruh dunia | SEORANG lelaki dari Essex, United Kingdom, bertindak menyenaraikan teman wanitanya untuk dijual di eBay dan terkejut apabila harganya meningkat kepada lebih £70,200 (RM381,028) dalam tempoh 24 jam, menurut laporan pada Sabtu. Dale Leeks dari Colchester, Essex mahu mengusik kekasihnya, Kelly Greaves, 37, dengan mengiklankan dirinya di laman bidaan popular itu

Pemuda berusia 34 tahun itu membandingkan Greaves dengan sebuah kereta terpakai dan memberi amaran kepada bakal pembeli bahawa apa yang dijualnya itu ‘mula-mula ok tetapi selepas beberapa ketika, terdapat bunyi bising berterusan yang saya tak nampak ia akan berhenti’ lapor The Sun.”‘Badan’ agak kemas, tetapi dari dekat menunjukkan tanda-tanda pernah diguna (saya hanya bersikap jujur),” kata Dale dalam keterangan mengenai teman wanitanya. “Tiada kerosakan serius tetapi anda boleh tahu bahawa dia telah digunakan. read more