Category Archives: Uncategorized

Gambar UFO dikesan di ruang udara ibu negara Sudan

Gambar UFO dikesan di ruang udara ibu negara Sudan  | Objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO) dikesan di ruang udara ibu negara Sudan pada Isnin lalu. Menurut beberapa saksi, objek berkilau dengan cahaya hijau itu dikesan pada jam 3.15 pagi (waktu tempatan). Tentera dalam satu kenyataan turut mengesahkan kehadiran UFO tersebut yang dipercayai sebuah satelit.

“Pangkalan kami di Omdurman menerima maklumat tentang kehadiran objek yang terbang rendah di zon tentera Wadi Sayidna. Hasil pemeriksaan kami mendapati ia adalah kenderaan peninjauan fotografi,” jelasnya. Sementara itu, saintis Belanda, Dr Marco Langbroek memberitahu, UFO terbabit dipercayai adalah satelit Zuma milik Amerika Syarikat yang dilaporkan gagal mencapai orbit dan jatuh di Lautan Hindi selepas dilancarkan pada Ahad lalu. – al-Arabiya read more

Pencarian bertahun-tahun keatas bapa bawa penemuan sahabat selama 60 tahun rupanya adik sendiri

Pencarian bertahun-tahun keatas bapa bawa penemuan sahabat selama 60 tahun rupanya adik sendiri | LELAKI dari Hawaii yang bertahun-tahun berusaha mengesan bapanya menemui sesuatu mengejutkan – rakan karibnya selama 60 tahun ialah adik tirinya. Walter Macfarlane dari Oahu tidak pernah mengenali bapanya dan cuba mencari menggunakan laman web memadan DNA, Ancestry.com yang kemudian memadankan DNAnya dengan pengguna Robi737.

Menurut Daily Mail yang memetik khon2.com, tanpa disedarinya, rakan baiknya, Alan Robinson Robi737), bekas juruterbang Boeing 737 Aloha Airlines juga menggunakan perkhidmatan itu bagi mengesan keluarganya. Robinson yang dijadikan anak angkat, berusaha mengesan ibu kandungnya. Keputusan carian laman web berkenaan mendapati kedua-dua mereka mempunyai beberapa padanan DNA, termasuk kromosom X menunjukkan mereka mempunyai ibu kandung yang sama. read more