Category Archives: Sukan

Tewas 14 kali berturut-turut pasukan terkemuka salahkan logo kelab

Tewas 14 kali berturut-turut pasukan terkemuka salahkan logo kelab | Benevento muncul pasukan terburuk dalam sejarah Serie A, antara liga terkemuka di Eropah, apabila tewas kali ke-14 berturut-turut dengan terbaru 1-0 di tangan Atalanta, awal pagi tadi. Gol tunggal Bryan Cristante pada minit ke-75 sudah cukup untuk meletakkan Benevento kekal di tangga tercorot liga selain menyaksikan Atalanta naik tangga ke-10 berkongsi kedudukan dengan Torino pada 19 mata.

Benevento mengatasi rekod 12 kekalahan berturut-turut dialami Manchester United, 87 tahun lalu selepas tewas 2-1 di halaman sendiri kepada Sasuolo pada 19 November lalu menerusi jaringan dalam masa kecederaan Federico Peluso. Pemilik kelab, Oreste Vigorito sebelum ini berkata, ahli sihir – yang menjadi logo kelab – adalah punca kepada kekalahan Benevento yang sekali lagi tidak bernasib baik selepas mempamer aksi memberangsangkan. read more

Itali gagal layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958

Itali gagal layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958 selepas terikat tanpa jaringan dalam aksi timbal balik menentang Sweden, yang layak menerusi agregat 1-0 di Stadium San Siro, sebentar tadi. Juara Piala Dunia empat kali itu mendominasi sepanjang perlawanan namun gagal mencipta dan menyudahkan peluang sekali gus menyaksikan keputusan 0-0 kekal hingga wisel penamat.

Sweden layak ke Piala Dunia Rusia 2018 selepas menempa kemenangan dalam pertemuan timbal balik pertama menerusi jaringan tunggal Jakob Johansson, penampilan pertama di aksi final Piala Dunia sejak 2006. – AFP read more

Incoming search terms:

  • itali 2006