Category Archives: Review Novel

MR. GREY – SYAMNURIEZMIL

-STICKY POST ENTRY-

MR. GREY – SYAMNURIEZMIL | Wow! Suka bila Syamnuriezmil tulis novel tebal-tebal macam MR. Grey ni, terutama bila ianya padat dengan kisah cinta dan aksi yang mendebarkan. Maka, memang rasa berbaloi menjadikan setiap novel tulisan penulis ini sebagai koleksi peribadi.

Malique Grogary Kamal aka Mr. Grey ni adalah seorang lelaki yang punya kelulusan doktor perubatan namun berkorban demi keluarga dengan sanggup melupakan cita-citanya. Namun keadaan di syarikat memang penuh dengan pergolakkan dengan kehadiran REID KAMAL aka MR RED yang sering buat masalah. Begitu juga dengan sikap Tok Grey yang sering mempertahankan karenah cucu haramnya ni, Reid Kamal. Akhirnya Mr Grey menarik diri dari syarikat, mengahwini Nisa Ardina dan melukai hati Datin Musalma serta Ilham Arsyad yang sangat menyintai Nisa Ardina sejak kecil. Baginya itu adalah keputusan yang tepat demi diri dan melindungi orang yang dicintai. read more

KAU YANG SATU – NIA AZALEA

KAU YANG SATU – NIA AZALEA | Sebuah novel adaptasi ke filem dan edisi yang lulu beli pun sudah edisi yang ke 20. Wow! Apa yang menariknya novel ini, sehingga diangkat ke filem dan meraih sehingga cetakan ke 20?

Keluarga Salina mengenali Datuk Mustaza selepas ayah Salina, Sulaiman seorang nelayan menyelamatkan lelaki itu. Ketika itu bot Datuk Mustaza karam dipukul ombak sewaktu dia keluar memancing di Laut China Selatan. Akibat benar-benar terhutang budi, Datuk Mustaza menjodohkan anaknya, Taufik dengan Salina yang ketika itu punya perasaan terhadap rakan sekampung, Zulkifli. Taufik juga ada kekasih, Isabella seorang model sensasi berlainan agama. Akhirnya akur permintaan papanya, Taufik dinikahkan dengan Salina. Perkahwinan mereka hanya atas dasar nama apabila kehadiran Salina sebagai isteri langsung tidak diendahkan Taufik. Dihadapan papa dan mamanya, Taufik berlakon bahagia dan Salina diarahkannya untuk menyembunyikan masalah mereka. Kehadiran Zulkifli di pejabat Taufik membuatkan Taufik sedar, lelaki itu tidak kurang hebatnya apatah lagi dia terang-terangan masih menyintai Salina. read more