Category Archives: Review Novel

Lazada Malaysia

MANUSKRIP CINTA – SYAMNURIEZMIL

Manuskrip Cinta – Syamnuriezmil | Hehe novel penulis Syamnuriezmil ini memang tidak pernah mengecewakan. Sejujurnya bagi lulu novel yang satu ini agak berat kerana penulis menulis novel berdasarkan pandangan mata penulis, menulis tiap plot manuskripnya. Adakalanya lulu baca berkali-kali juga sebab nak faham. Walaubagaimanapun ianya tidak menghalang daripada lulu enjoy baca novel ni..

Mengisahkan mengenai seorang penulis novel, Dian Aryani yang berusia 30 tahun. Dia berhadapan dengan masalah untuk manuskrip keempatnya. Menurut editornya rasa cinta dan watak protagonis tu tak sampai. Yelah macam mana nak sampai kalau Dian Aryani sendiri tidak bercinta. Jadi untuk itu Dian Aryani terpaksa minta kawan baiknya, Gee carikan seorang teman lelaki untuk menyempurnakan ‘eksperimen’ manuskrip cinta dalam manuskripnya. Lalu muncullah Dr. Izak Ashaal seorang pakar tulang dan jiran sebelah, Dr. Rian Akasyah seorang doktor pakar jantung. Hah daripada langsung tidak ada calon, kini Dian Aryani ada dua calon. Sehinggalah berlaku kejadian demi kejadian yang tidak pernah terfikir oleh akal Dian Aryani. Hatinya sudah mulai memilih namun ada ketikanya tujuan asal untuk menyiapkan sebuah manuskrip yang best seller bukannya mudah… read more

PLEASE MARRY ME, TEACHER – ZANY EZATIE

Please Marry Me, Teacher – Zany Ezatie | Novel ini mengisahkan mengenai cinta pelajar buat gurunya..Kehadiran Hana Carmelia sebagai seorang guru bahasa melayu di Bok Seng High School membuatkan seorang pelajar, Noah Mikael tidak senang duduk, apatah lagi bila dirasakan maruahnya sebagai ketua kumpulan empat sahabat tercabar.  Noah Mikael sudah lama merupakan pelajar sekolah (selalu gagal) itu, dan usianya memang lebih tua berbanding Hana Carmelia. Anehnya, perasaan benci dan meluat yang dirasai oleh Noah Mikael mulai bertukar menjadi cinta. Semakin lama semakin dalam perasaan itu. Dan hatinya nekad menjadikan Hana Carmelia seorang isteri. read more