Category Archives: Kisah dunia

Pembunuh makan mayat selepas bunuh dengan mengelar leher mangsa

Pembunuh makan mayat selepas bunuh dengan mengelar leher mangsa | POLIS menembak mati seorang lelaki ‘kanibal’ yang memakan daging wanita selepas membunuh dengan mengelar leher mangsa di Mount Frere, Afrika Selatan. Dalam kejadian pada 9 September lalu, lelaki itu, Aphiwe Mapekula, 23, mati di hospital akibat terkena tembakan di lengan, kaki dan perut oleh polis yang cuba menahannya di rumahnya. Lelaki itu tidak menghiraukan beberapa tembakan amaran sebaliknya terus memakan daging Thembisa Masumpa secara mentah dan polis menembaknya apabila dia menyerang mereka dengan pisau. read more

Lelaki bunuh dukun selepas gagal sembuhkan bapa

Lelaki bunuh dukun selepas gagal sembuhkan bapa | BAPA yang tidak sembuh selepas dirawat seorang dukun dipercayai punca lelaki menikam dukun berkenaan hingga mati di Kabupaten, Pekalongan, Jawa Tengah hari ini. Lelaki berkenaan dikenali sebagai Eko, pergi ke rumah dukun berkenaan, Sugeng, 55, tinggal di kampung yang sama, Desa Tembelangunung, dan menyerang mangsa sebelum melarikan diri. Polis masih memburu lelaki berkenaan. Menurut laporan Detik News, isteri dukun berkenaan, Kalipah, 45, berkata Eko datang ke rumah mereka kira-kira 8.30 pagi dengan membawa golok lalu terus masuk ke dalam bilik Sugeng berada, menetak dan menikamnya bertubi-tubi. read more