Category Archives: Kemalangan

Gara-gara mahu ambil umpan tiruan pemancing maut kena renjatan elektrik

Gara-gara mahu ambil umpan tiruan pemancing maut kena renjatan elektrik | Hasrat pemancing mahu mengambil umpan tiruan kesayangan yang tersangkut dalam sawah padi berakhir tragedi apabila dia maut terkena renjatan elektrik di Kampung Bukit Temalong, Gunung, petang semalam. Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa, Muhammad Sarwan Mohd Sabri, 22, ditemui maut dalam sawah yang dipenuhi air sedalam 0.3 meter. Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ibrahim Mohd Rohni, berkata mangsa dipercayai ke sawah padi itu seorang diri kerana mahu mengambil umpan tiruan kesayangannya yang terlekat di kabel elektrik. read more

Kereta terbabas dalam parit tiga sekeluarga termasuk bayi maut

Kereta terbabas dalam parit tiga sekeluarga termasuk bayi maut | Bayi berusia tujuh bulan antara tiga maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas ke dalam parit sedalam kira-kira 2.5 meter, sebelum terbalik di Kampung Kayan, dekat sini, awal pagi tadi. Ketiga-tiga mangsa dipercayai daripada satu keluarga dan mereka dalam perjalanan dari arah Sitiawan menghala ke Teluk Intan. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mustafa Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.24 pagi, sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian. read more