Category Archives: info

Lazada Malaysia

Tahukah anda jual makanan rosak boleh didakwa mengikut Akta Makanan 1983

Tahukah anda jual makanan rosak boleh didakwa mengikut Akta Makanan 1983 | MENJUAL buah-buahan dan sayur-sayuran busuk boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Makanan 1983, kata Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Noraini Mohd Othman. Mengulas laporan akhbar tempatan mengenai tindakan pasar raya menjual buah dan sayur busuk, beliau berkata Subseksyen 13(1) akta itu menyatakan pihak yang menyediakan atau menjual makanan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan, adalah satu kesalahan. read more

Kedai gambar serta studio perkahwinan yang dianggap lagenda ini gulung tikar

Kedai gambar serta studio perkahwinan yang dianggap lagenda ini gulung tikar | Kepantasan perkembangan dan kecanggihan teknologi sememangnya sesuatu yang tidak dapat dinafikan memberi banyak kebaikan serta manfaat kepada kehidupan seharian. Bagaimanapun, di sebalik semua itu terutama kecanggihan telefon pintar menyebabkan ada pihak yang terpaksa gulung tikar kerana perniagaan kedai gambar serta studio perkahwinan milik keluarga yang diusahakan sejak 71 tahun lalu berterusan menanggung kerugian. Premis yang tidak asing atau dianggap ‘legenda’ bagi masyarakat tempatan iaitu Chan Sam Lock Photo and Bridal Palace di Jalan Sultan Idris di sini akan memberhentikan operasi buat selamanya pada 31 Ogos ini. read more